Afleveringen
-
Ruang bagi belia suarakan pandangan sudah banyak ada, namun belia bukan hanya mahu didengari. Mereka juga mahu melihat tindakan diambil. Dua belia, Encik Asyraf Mustaffa dan Cik Yulianna Frederika, bincangkan dalam podcast ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Pemimpin yang aktif di Tiktok atau pemimpin yang giat turun padang dekati orang ramai? Pemimpin macam mana yang diinginkan belia? Podcast ini bincangkan bersama dua belia, Cik Yulianna Frederika dan Encik Asyraf Mustaffa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Zijn er afleveringen die ontbreken?
-
Dalam kalangan Anggota Parlimen Melayu/Islam pun ada pelbagai pandangan dan inilah yang menimbulkan bermacam-macam perspektif berbeza dalam menyuarakan dan memajukan isu kepentingan masyarakat dan negara. Ikuti perbincangan bersama dua calon PAP bagi GE2025, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
#icymi Jejak Kempen Hari ke-3: Media sosial mungkin boleh membantu calon-calon politik dalam kempen mereka, tapi pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi ‘double edged sword’. BH tanya pengamat politik Dr Mustafa Izzuddin mengenai topik tersebut.
Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
#icymi Jejak kempen Hari ke-2: Strategi Parti Pekerja (WP) akhirnya terjawab semasa Hari Penamaan Calon dan ada yang merasakannya 'anti-climactic' dengan pemimpin parti veteran tetap kekal di Aljunied. BH tanyakan pendapat pengamat politik, Profesor Madya Dr Walid Jumblatt Abdullah.
Ikuti siaran langsung BH setiap hari sepanjang tempoh kempen pada 12 tengah hari dan 7 malam di Instagram dan TikTok.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Sebelum ini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Marine Parade khususnya di kawasan Joo Chiat, kini Encik Edwin Tong yang turun padang bersama pasukan PAP di GRC East Coast kongsi rancangannya bagi kawasan undi itu dan calon parti pembangkang yang mungkin bertanding di sana.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Apa kaitan guna AI buat lagu dengan 'Masyarakat Gemilang'? Dan macam mana Singapura nak eksport 'Masyarakat Gemilang' ke rantau ini?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dari kenangan zaman muda bawa mak naik skuter ke Istana, sehinggalah cabaran menyatukan masyarakat minoriti dalam landskap moden Singapura — episod NoTapis BHerbual kali ini menyelami keperibadian dan pandangan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed tentang bagaimana masyarakat Melayu-Islam telah berkembang sebagai masyarakat yang berwibawa.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dari segi undang-undang, Mindef boleh tetapkan bahawa wanita perlu jalani NS. Tapi persoalannya adalah…perlu ke tak sebenarnya? Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad jawab soalan tersebut dalam episod NoTapis kali ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Singapura negara kecil, perlu “pentingkan diri sendiri” untuk terus maju? Meskipun kecil, pengaruh Singapura di arena antarabangsa bukan calang-calang juga, menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua bagi Hal Ehwal Luar Negeri, Dr Maliki Osman. Beliau turut berkongsi pengalamannya bertemu dan berunding dengan pemimpin negara lain…dan juga pemimpin yang agak ‘volatile’?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Dengan pelbagai bantuan bagi golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik, adakah Singapura menuju ke arah ‘welfare state’?
Dalam episod NoTapis kali ini, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamed dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua jelaskan tentang pendekatan Singapura untuk memastikan semua golongan maju bersama.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Masyarakat Melayu Singapura akur pemerintah telah banyak membantu warga Palestin, tapi jiwa kita terus merintih. Adakah ini bakal menjadi pertimbangan pada GE2025? Dalam episod BHerbual kali ini, aktivis masyarakat Fazlur Rahman Kamsani dan Imran Taib berkongsi pendapat mereka tentang isu ini.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Gaji tak cukup, rumah makin mahal, ‘social pressure’ pun semakin tinggi…nak capai ‘Singapore Dream’ seolah-olah mustahil bagi golongan muda sekarang. Apa yang sebenarnya diinginkan anak muda sekarang? Adakah pemerintah benar-benar beri ruang untuk belia bersuara? BHerbual minta pendapat aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Harga mi rebus naik, barangan rumah pun semakin mahal…nak bersara pun macam susah! Kos sara hidup merupakan antara isu yang utama jelang GE2025. Ini selain keprihatinan lain seperti ‘persaingan’ dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan.
Bersama aktivis masyarakat Encik Fazlur Rahman Kamsani dan Encik Mohd Imran Taib, kami bincangkan sentimen sebenar warga Singapura dan apa yang ingin mereka dengar dari parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya akan datang?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Kuih dah habis, rendang pun padu, tapi yang buat berpeluh... soalan-soalan ‘pedas’ dari mak cik dan pakcik terutama sekali….’Bila nak kahwin’?
Dalam episod No Tapis edisi Raya ini, kami bincangkan tentang realiti Hari Raya - daripada soalan peribadi yang sensitif hingga ke adab ziarah rumah orang. Semua dijelaskan dalam episod ini!
✨Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Tapi... sediakanlah skrip, mana tahu ada soalan panas! ✨
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Apa sebenarnya yang menghalang pasangan muda di Singapura daripada menimang lebih ramai cahaya mata? Kos sara hidup, kerjaya, masa atau faktor lain?
Dalam episod NoTapis ini, kami membincangkannya dengan Menteri Indranee Rajah serta dua pasangan dengan latar belakang yang sangat berbeza: satu dengan lapan orang anak, dan satu lagi yang sedang berjuang melalui perjalanan IVF. Mereka kupas realiti sebenar di sebalik kadar kelahiran yang semakin merosot di Singapura, skim bantuan terbaru pemerintah dan perlunya untuk mengubah cara pemikiran di tempat kerja dan masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Ramai wanita rasa serba salah ketika haid di bulan Ramadan—nak kena sembunyi bila makan? Pahala berkurangan pasal tak boleh puasa? Tak boleh puasa kena masakkan juadah berbuka ke?
Dalam episod ini, Ustazah Liyana Musfirah menyentuh tentang realiti haid di bulan Ramadan. Dari adab makan di hadapan orang berpuasa hingga cara wanita boleh terus mengumpul pahala tanpa solat dan puasa—jawapan yang anda cari ada di sini!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
😲 Siapa sangka nama boleh mengubah segalanya?
Dari satu panggilan telefon yang penuh tanda tanya, akhirnya terbongkar rahsia di sebalik nama "June Rusdon"! Apa kesan keputusan ini?
Dalam podcast NoTapis ini, Cik Jummaida Rusdon, lebih dikenali sebagai June berkongsi bagaimana beliau menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1989 dan bertahan selama 35 tahun. Baru-baru ini, beliau disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Wanita Singapura (SWHF) bagi 2025.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
- Laat meer zien