Afleveringen
-
Dalam episod kali ini, kami perkenalkan Abbas sebagai co-host baru MIM dan bincangkan hala tuju podcast ini. Kami kupas isu pelantikan Prof Faishal menggantikan Masagos, serta persoalan mengapa sesetengah masyarakat Melayu kurang senang dengan Masagos. Adakah beliau gagal bersuara untuk komuniti atau sekadar kurang menonjol? Kami juga sentuh persepsi orang Melayu terhadap kerajaan, cabaran Prof Faishal, dan bagaimana media sosial boleh bantu membina kepercayaan.Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Dalam episod ini, kami berbual bersama Sapri Saleh, seorang anak pesantren yang unik — beliau mula mengenali isu Israel bukan dari sudut politik, tapi melalui bahasa Ibrani yang dipelajarinya semasa di universiti. Sapri turut berkongsi pengalamannya mengajar bahasa Ibrani di rantau Asia Timur Laut, terutamanya di Indonesia, dan bagaimana reaksi masyarakat di sana. Lebih-lebih lagi apabila beliau juga dikenali sebagai seorang ustaz. Beliau cerita bagaimana belajar dan mengajar bahasa itu membuka pandangannya tentang konflik Timur Tengah, dan kenapa penting untuk faham sesuatu isu dari pelbagai sudut, bukan sekadar ikut naratif yang biasa didengar. Sembang santai tapi penuh dengan perspektif baru dan pemikiran kritis. Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Zijn er afleveringen die ontbreken?
-
Dalam episod ini, kami bersama Zaqy Mohamad, Timbalan Pemimpin Dewan dan Menteri Negara Kanan bagi Tenaga Manusia serta Pertahanan. Kami berbincang tentang isu perumahan, cabaran kejayaan masyarakat Melayu, perkembangan wakil Melayu di Singapura, serta peranan Mendaki. Zaqy turut menyentuh program internship untuk pelajar, bias di tempat kerja, pilihan ijazah, dan mentaliti masyarakat terhadap kejayaan. Beliau juga berkongsi pandangannya tentang jurang antara kaum dan harapan untuk masa depan Singapura.
-
Dalam episod ini, kami bersama Prof Faishal Ibrahim membincangkan isu radikalisasi dalam kalangan belia di Singapura. Kami kupas bagaimana remaja boleh terdedah kepada ideologi ekstrem, peranan media sosial, serta perubahan ancaman daripada kumpulan kepada serangan individu. Prof Faishal turut menjelaskan usaha Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam bekerjasama dengan asatizah dan pemimpin masyarakat untuk memperkukuhkan ketahanan belia. Kami juga menyentuh tentang reaksi masyarakat terhadap konflik Gaza-Israel dan kedudukan rasmi Singapura dalam isu ini.Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Dalam episod ini, kami bersama Dr. Syed Harun, calon PAP bagi GRC Nee Soon dan bekas NMP. Kami bincang keputusan beliau menyertai PAP, cabaran menjadi suara berbeza dalam parti, serta pengalaman beliau dalam psikiatri dan bagaimana ia boleh membentuk dasar. Dr. Syed juga berkongsi pandangannya tentang isu masyarakat Melayu-Islam, peranan dasar luar seperti Gaza, serta legasi yang ingin dibina. Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Dalam episod kali ini, aku bersama Damanhuri Abas, seorang calon daripada parti pembangkang Singapore Democratic Party. Kami berbual tentang pengalaman beliau sebagai orang Melayu dalam dunia politik dan aspirasi beliau untuk bertanding dalam pilihan raya. Apa prinsip yang beliau pegang, dan apa perubahan yang ingin beliau bawa? Kami juga sentuh isu peranan media dalam politik serta kewujudan ajaran sesat di Singapura.Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Dalam episod kali ini, kami berbual bersama Faris, seorang penganalisis kewangan yang bekerja di sebuah hedge fund di Singapura. Segala pandangan yang dikongsi adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili mana-mana organisasi. Kami membincangkan isu tarif di AS dan Singapura. Apa itu tarif, bagaimana ia memberi kesan kepada kita di sini, dan adakah ia boleh mencetuskan peperangan? Kami juga kupas persoalan sama ada tunai masih relevan dalam suasana kemelesetan, serta apa yang mungkin berlaku jika Singapura mengalami recession, dan bagaimana kita boleh bersedia menghadapinya. Turut dikongsi adalah pengalaman serta pandangan kami dalam dunia pelaburan.Himalayan Shilajit Gummies - www.ironpeak.sg
-
Dalam episod kali ini, aku berbual bersama Mohamed Imran Taib — seorang penyelidik bebas, fasilitator dialog, penulis dan juga aktivis antara agama. Beliau merupakan pengarah Dialogue Centre dan ahli pengasas Centre for Interfaith Understanding (CIFU).Berdasarkan kajiannya, kami berbincang tentang pandangannya mengenai konsep “Melayu Sejati”, asal-usul stereotaip terhadap orang Melayu, dan persoalan sama ada masyarakat Melayu di Singapura masih berada “di bawah” berbanding kaum lain.Kami juga menyentuh isu label “liberal” — apakah makna sebenar di sebalik istilah ini, dan mengapa istilah liberal dan sekular sering dianggap negatif dalam konteks Islam.
-
Dalam episod ini, Prof Khairudin Aljunied kembali lagi untuk menyentuh pelbagai persoalan berkaitan identiti dan budaya Melayu. Kami juga membincangkan bagaimana nilai-nilai kemelayuan telah berubah, cabaran menegur orang Melayu terutamanya yang lebih berumur, serta persepsi dan persaingan antara komuniti seperti Boyan dan Jawa. Selain itu, kami mengupas isu mentaliti “working class”, stigma terhadap Melayu yang berjaya, serta label yang diberikan kepada individu yang liberal atau terlalu beragama. Bagaimana pula cara terbaik untuk menangani penilaian terhadap penampilan kita? Dengarkan perbincangan penuh dalam episod ini!
-
Darren was once an atheist, trapped in a life of deep depression, drowning in alcohol, and even on the brink of ending it all. One night, after swallowing a dangerous amount of Panadol in a desperate attempt to escape, Darren had a life-changing dream.In his dream, a voice told him, “Lay down your problems, and face the Kaabah.” That was the turning point.In this powerful episode, I sit down with Darren as he shares his incredible story—what drew him to Islam, the struggles he faced along the way, and how his life has completely transformed since embracing faith.Power and Consequences - https://open.spotify.com/show/5Rp0WvpugFaEupAdbSuJR9?si=390434da36134f0b
-
Known online as Raelilblack, Kae Asakura walked away from fame and soldiers through losing nearly 1 million followers after embracing Islam.Born Buddhist, she experienced her first Ramadan this year. But what truly led her to take this path? Was it a lonely journey? How does she find peace knowing her past in the adult film industry still lingers online? Does she ever feel haunted by what she left behind?In this deeply personal episode of MIM, Rae opens up about her struggles, her faith, and the courage it takes to start over.
-
Dr. Khairudin Aljunied (PhD SOAS, London) ialah Profesor Madya tetap dalam jurusan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura.Sebagai seorang pakar yang diiktiraf dalam sejarah intelektual, penyelidikan beliau meneliti hubungan antara Asia Tenggara dan Islam Global. Beliau telah menulis dan menyunting tiga belas buku serta menerbitkan lebih daripada tiga puluh artikel akademik di peringkat antarabangsa.🔗 Layari: khairudinaljunied.com/shop
-
Aku bersama Rahman sekali lagi untuk membincangkan kesan penceraian terhadap anak-anak, termasuk “parental alienation” dan bagaimana sesetengah pihak menjadikan anak sebagai senjata. Kami juga kupas perbezaan talak, fasakh, dan khuluk, serta hak dan tanggungjawab ibu bapa.Boleh tak kes begini dilaporkan? Dan bagaimana ibu bapa tunggal boleh mengatasi cabaran ini demi kesejahteraan anak-anak?
-
Sumerleki Amjah, lulusan sekolah elit dengan kerjaya cemerlang, tetapi memilih untuk menyertai parti pembangkang (PSP). Apa yang mendorong keputusan ini? Dalam episod kali ini, kami bincangkan realiti politik Singapura—benarkah orang masuk pembangkang untuk cari duit? Kenapa harga sewa terus meningkat? Mengapa peluang kerja berkualiti semakin kurang? Dan betulkah pemimpin Melayu dalam pembangkang sering dipandang kurang berkaliber?
-
Aku berbual dengan Abbas, seorang CEO yang dulu bergelut dengan hutang $72,000! Apa punca orang Melayu mudah terjebak dalam hutang? Bagaimana dia berjaya keluar dan jadi pakar dalam Debt Consultancy? Kami juga kongsi kisah gila tentang media sosial, skim "buy now, pay later" yang memerangkap ramai, dan kepincangan aku sebagai rakan perniagaan.Jangan lepaskan peluang untuk dengar rahsia kejayaan dan kesilapan yang boleh korang elak!
-
Dalam episod kali ini, aku berbual dengan sahabat dan peguam penceraian aku, tentang isu-isu perkahwinan dan perceraian. Kami bincangkan kenapa orang masih berkahwin walaupun risiko cerai tinggi, punca utama perceraian, dan bolehkah perceraian dijalani tanpa peguam. Kami juga sentuh tentang kos peguam, isu curang, sebab pasangan selingkuh, serta cabaran co-parenting. Akhirnya, kami soal sama ada "everlasting love" masih relevan dalam dunia kini.
-
Dalam episod kali ini, aku berbual dengan bapak aku, Father Ismail, tentang pengalaman hidupnya. Kami bincangkan ketegasan beliau mendidik kami, dan adakah sifat baran aku ikut beliau. Bapak juga berkongsi perasaannya bila aku jadi penghibur. Kami juga berbincang tentang pentingnya tidak menyembunyikan masalah dari anak-anak dan bagaimana kami bertahan dengan hanya $800 sebulan. Selain itu, bapak cerita pengalaman dan kepuasan bekerja di juvenile home. Perbualan penuh inspirasi dari seorang ayah yang berdedikasi.
-
Dalam episod kali ini, aku berbual dengan ibu tentang banyak perkara yang selama ini aku tak pernah tanya. Kami bincangkan harapan ibu untuk aku, perasaannya apabila aku berhenti dari management dakwah, dan kenapa aku tidak pulang ke rumah selama 7 tahun.Ibu, sebagai pengkritik utama dalam hidup aku, banyak memberi perspektif yang membuka mata. Sebuah perbualan penuh emosi dan inspirasi dari seorang ibu yang luar biasa.
-
Harapan, dan masa depan