Afleveringen
-
Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Ismail.
-
Learn how to congratulate someone on their work or wedding anniversary. - Pelajari bagaimana untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang atas pencapaian tugasan atau sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
-
Zijn er afleveringen die ontbreken?
-
Australia has a dark chapter of history that many are still learning about. Following European settlement, Aboriginal and Torres Strait Islander children were removed from their families and forced into non-Indigenous society. The trauma and abuse they experienced left deep scars, and the pain still echoes through the generations. But communities are creating positive change. Today these people are recognised as survivors of the Stolen Generations. - Australia mempunyai sejarah hitam yang ramai di kalangan warganya masih lagi kurang mengetahui, apatah lagi memahami. Selepas kedatangan orang Eropah, kanak-kanak kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres dipisah secara paksa dan dirampas dari pangkuan keluarga untuk ditempatkan dengan keluarga kulit putih. Trauma dan keperitan akibat tindakan kejam ini masih lagi dirasai dan diharungi oleh masyarakat orang asli negara ini. Mangsa yang dipisah secara kejam ini digelar 'The Stolen Generation'.
-
Lebih sejuta umat Islam kini berkumpul di Arafah, antaranya seorang warga Australia berbangsa Melayu, Juanda Ismail. Sebelum tiba di Mina, apakah yang perlu dilakukan setiap jemaah yang berpeluang menyambut seruan Ilahi menunaikan ibadah haji tahun ini? Ikuti bahagian ketiga perjalanan Juanda di Tanah Suci yang disampaikan kepada Zaini Ahmad di SBS Bahasa Melayu.
-
Dalam bahagian pertama perjalanan ibadah Haji beliau di Tanah Suci, Juanda Ismail sempat berbual dengan SBS Bahasa Melayu menceritakan pengelaman beliau menziarahi salah satu tempat paling suci bagi umat Islam sedunia.
-
The migration system is complex and confusing. Experts say a lack of accessible support and credible information is leading to visa abuse. - Apakah antara kesalahan yang mungkin dilakukan seseorang warga asing di Australia secara sengaja atau tidak sengaja yang boleh menyebabkan mereka menghadapi deportasi atau visa mereka dibatal?
-
Sejak 15 tahun lalu, Juanda Ismail berhasrat menunaikan ibadah Haji. Tahun ini, impian beliau tercapai setelah berjaya mendapat salah satu daripada seribu visa Haji yang diperuntukan untuk umat Islam di Australia oleh kerajaan Arab Saudi. Juanda memberitahu Zaini Ahmad bagaimana beliau berjaya mendapatkan visa yang kini akan memenuhi hajat beliau untuk menunaikan ibadah Haji setelah sekian lama menunggu.
-
Australia has spent $13 billion on offshore processing in over a decade. Human rights experts believe there's a less costly, more compassionate way. - Sejak sedekad lalu, Australia telah berbelanja $13 bilion memproses kedatangan pelarian di pusat tahanan lepas pantai atau offshore. Namun, pakar berpendapat wujud pendekatan lebih berperikemanusiaan yang mampu mengurangkan jumlah kos ini.
-
Bayangkan selama lapan tahun membina kehidupan di Australia dalam keadaan tidak menentu menanti masa kemungkinan terpaksa tinggalkan segala-galanya untuk pulang ke tanahair. Inilah nasib yang dihadapi lebih 33,000 warga Malaysia yang kini berada di negara ini. Namun, segelintir daripada bilangan ini bernasib baik diberi kelayakan untuk terus menetap di sini. Zaini Ahmad berpeluang menemubual sepasangan suami isteri yang kini bersyukur dapat terus berada Downunder.
-
Migration policies are a hot topic this election, but it's not clear how our diverse communities will cast their vote. - Dalam negara berbilang kaum seperti Australia, polisi penghijrahan menjadi isu hangat yang diperdebatkan setiap pilihanraya. Namun, faktor yang mendorong golongan migran membuat pilihan ketika mengundi masih kurang difahami sepenuhnya oleh semua pihak yang bertanding.
-
Tanggal 3 Mei, 2025 bakal berlansung pilihanraya umum Australia. Semua rakyat diwajibkan mengundi, termasuk warga Melayu yang kini menggelar Australia sebagai negara kerakyatan mereka. SBS Bahasa Melayu menemubual dua warga Melayu, seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Singapura, untuk meninjau apakah isu utama yang akan memancing undi mereka kali ini.
-
Learn how to talk when going for a run. - Pelajari topik perbualan ketika berlari untuk senaman.
-
On election day the Australian Electoral Commission anticipates one million voters to pass through their voting centres every hour. Voting is compulsory for everyone on the electoral roll, so all Australians should familiarise themselves with the voting process before election day. - Pada hari pembuangan undi, Suruhanjaya Pilihanraya Australia menjangka lebih kurang sejuta pengundi akan menghadiri pusat pembuangan undi di seluruh negara setiap jam untuk membuang undi. Pembuangan undi adalah wajib bagi semua rakyat dewasa yang berdaftar. Justeru, pengundi perlu memahami proses mengundi sebelum mereka menuju ke pusat pembuangan undi pada hari pilihanraya.
-
Pesta tahunan SalamFest 2025 yang berlansung di Federation Square, Melbourne, kali ini berjaya menarik beribu pelawat yang datang untuk menikmati suasana Hari Raya tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan budaya serta menemubual umat Islam berbilang kaum yang menyambut kemeriahan Eidul Fitri.
-
Tiga pelawak dari Malaysia kini memaparkan brand komedi mereka di Pesta Komedi Antarabangsa Melbourne 2025. Zaini Ahmad berpeluang menemubual dua daripada barisan komik terbabit, Rizal Van Geysel dan Kavin Jay, yang memberitahu beliau selain mempunyai 'muka tebal', komik stand-up, walaupun berjiwa sensitif, tidak boleh membiarkan cemohan, termasuk mempunyai mulut celupar, menggugat pendirian mereka. Pelawak Papi Zak hadir "in the spirit of comedy".
-
Bagi warga Malaysia, sambutan Hari Raya Eidul Fitri berterusan sepanjang bulan Syawal yang mulia. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne yang memaparkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
-
Sempena sambutan Eidul Fitri tahun ini, SBS Bahasa Melayu dijemput menghadiri tiga rumah terbuka di persekitaran bandar Melbourne. Selain menikmati juadah yang enak, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga hos majlis terbuka serta para tetamu untuk mengetahui pengalaman mereka menyambut Eidul Fitri di perantauan.
-
Pada penghujung bulan Ramadan yang mulia, Zaini Ahmad menemubual seorang warga Melayu yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
- Laat meer zien