Dalam episod akhir, Andmesh Kamaleng berkongsi bahawa dia ingin menjadi seorang penerbit. Sering sekali bertemu dengan anak-anak seni yang berbakat tetapi tidak mempunyai peluang. Åndmesh ingin menjadi jambatan menghubung anak-anak ini untuk mencapai impian.
Menulis lirik lagu yang bermakna adalah satu cara untuk Andmesh berkongsi cinta bersama peminatnya dan juga cara dia meluahkan perasaan. Hanya Rindu dikarangkan oleh Andmesh untuk meluahkan rasa rindu kepada mendiang ibunya.
Kehidupan menjadi seorang pemuzik tidak asing bagi Andmesh Kamaleng kerana jiwa muzik itu sudah diterapkan sejak kecil lagi oleh ayahnya yang juga merupakan seorang pemuzik. Dari situ, jiwa muzik Andmesh semakin membara sehingga bergelar juara Rising Star.
Update Required To play the media you will need to either update your browser to a recent version or update your Flash plugin.